Apr 18, 2009

..my 1st karya..

MEMORI SEMALAM

“Ya Allah,aku bermohon kepadaMu kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan hati yang tabah. Walau apa pun dugaan dan ujian darimu aku terima dengan redha,Ya Allah.Amin.”

Selesai solat subuh,aku ke meja belajar yang terletak di sudut kamarku. Aku mencapai sebuah diari yang menyimpan 1000 rahsia. Lantas aku membukanya selembar demi selembar. Mataku menjamah sekeping gambar yang menggamit memori. Wajah yang sangat aku rindui.Terlalu rindu!

“Dah lah.Tak payah nak tunjuk baik. Kau tak sesuai langsung dengan aku!”tengking Faqrish tanpa memikirkan perasaan aku.

“Apa salah Sya? Iz tidak boleh nak menuduh Sya tanpa sebarang bukti. Siasat dahulu,”aku cuba mempertahankan diri.

“Ahh…aku peduli apa! Kau sama sahaja dengan perempuan lain!”,Faqrish membalas sebelum berlalu pergi.

Aku bingung. Secara tiba-tiba Faqrish naik angin. Katanya aku bukan lagi gadis idamannya. Aku serba kekurangan di matanya.


Pagi itu terasa damai sekali. Kedamaian yang sedang aku nikmati terhenti apabila telefon bimbitku menjerit-jerit minta diangkat.

Hello,Puteri ada?”

“Ya,Put here! Who’s there?”

“Aku la,fazura!”

“Oh,kau. Kenapa telefon aku pagi-pagi buta ni?”,jawabku setelah mengenali siapa pemanggilnya.

“ Kau nak keluar tak Sabtu ni? Jom,ada benda nak tunjuk kat kau,”balas Fazura,teman karibku.

“Sabtu ni? Busy la,nanti aku bagitahu kau..okay?”

“Ya lah,nanti aku telefon aku eh! Bye,”Fazura menamatkan panggilan.

Hari ini merupakan hari ke empat para pelajar Apple High School menikmati cuti penggal pertama. Bagi pelajar-pelajar kelas 4 Sains 1 ,waktu-waktu begini seharusnya dihabiskan dengan keluar bersama-sama rakan-rakan. Kata mereka,tahun ini ialah ’honeymoon year’. Tapi tidak semuanya begitu. Ada yang menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran. Contohnya aku sendiri. Walaupun keputusan PMR tidak seperti yang aku harapkan,aku bersyukur kerana aku masih layak untuk duduk di kelas sains.

Tahun ini aku berazam untuk melupakan peristiwa lepas. Tumpuanku hanya pada pelajaran. Pada SPM yang bakal menjelang tahun hadapan. Aku tidak mahu hidupku kucar-kacir dek kerana hal remeh-temeh. Kata omputih, ’Make it history. Buy a new book and new life!”

____________________________________________________________________________________________

“Faz,Fazura!,”Faqrish memanggil Fazura.

“Ya, kau nak apa?”soal Fazura.

“Kau dah call dia ke belum? Apa cerita? Dia nak pergi ke tidak?,”tanya Faqrish seperti seorang anggota polis pencen.

“Dah,tapi dia tak tahu lagi nak pergi ke tidak. Dia kata dia busy,”balas Fazura.

“Tolonglah pujuk dia. Aku nak sangat jumpa dia. Please, Faz! Kau je lah harapan aku,”Faqrish meminta sambil merayu-rayu.

“Ya lah. Tengoklah macam mana nanti. Kau dah beritahu Zulaikha?”

“Sudah. Dia akan datang dengan aku nanti,”

“ Aku akan cuba usahakan,tapi kau tahu sajalah perangai Put yang degil tu. Jangan harap dia nak jumpa lepas clash. Lagi-lagi kau,aku tak jamin lah!,”kata Fazura.

“Tak kisah lah apa cara sekalipun,aku tetap nak jumpa dia. Aku tahu aku bersalah sangat pada dia. Nanti apa-apa hal,kau beritahu pada aku,okey?”Faqrish meminta.

“Insya-Allah. Okaylah, I have to go. So..see you soon,”jawab Fazura seraya mengakhiri perbualan mereka.

___________________________________________________________________________________________

Aku sudah berjanji untuk keluar bersama-sama Fazura hari ini. Aku tidak tahu kemana Fazura hendak membawa aku pergi. Sebagai seorang kawan karib,aku turuti sahaja hajatnya. Penampilan aku serba ringkas. Aku mengenakan sehelai cardigan berwarna merah jambu pada tubuh langsing yang aku miliki bersama seluar jeans lusuh serta secalit gincu di bibir supaya tidak nampak pucat. Aku turut mengenakan sehelai selendang bagi menutupi rambutku. Aku sememangnya tidak menggemari pemakaian alat solek yang terlampau. Bak kata orang,kejelitaan asli. Berbekalkan wajah kacukan Cina,Arab dan Jerman aku pasti sesiapa jua akan terpesona melihat raut wajahku. Tetapi itu bukan alasan untuk aku bermegah dengan kecantikan aku atau mengambil kesempatan memainkan perasaan mana-mana lelaki. Aku bersyukur dan sudah pastinya aku juga mempunyai kelemahan tersendiri. Setelah puas aku melihat diri aku di hadapan cermin,aku mengambil telefon bimbit untuk menghubungi Fazura. Dia telah berjanji untuk mengambil aku di rumah. Fazura tidak mempunyai lesen memandu tetapi sudah berani membawa kereta. Mungkin perkara biasa bagi anak remaja di kota metropolitan kini. 10 minit selepas aku menelefon Fazura,dia terpacul di hadapan pintu rumahku. Aku segera menyumbat diriku ke dalam perut kereta Honda Jazz yang dipandunya.

“Kau ikut saja aku hari ini ya,aku ada surprise untuk kau.Hehehe…,”kata Fazura setelah kami selamat tiba di City Square,Johor Bahru.

“ Banyak lah surprise kau. Siapa yang kau nak jumpa sebenarnya? Boyfriend baru ya?”soal aku.

“Ikut je boleh tak? Kau banyak cakap pula hari ni ya. Aku nak jumpa kawan aku.Kau kan truefriend aku,jadi..jom!”

Aku menuruti langkah nya dengan perasaan meronta-ronta ingin tahu. Aku gigit kau nanti Fazura,baru tahu!

Hampir 10 minit kami menunggu di Starbuck CafĂ© ,tetapi kelibat orang yang dikatakan Fazura tidak muncul-muncul. Sedang asyik aku menikmati aiskrim vanilla kegemaranku,pendengaran aku tertumpu pada bait-bait lagu popular yang didendangkan oleh kumpulan Sofaz. Lagu yang bertajuk Janjiku mencuit sedikit sebanyak hati perempuan aku……

“BUKA KAN LAH PINTU HATIMU

IZINKAN AKU KEMBALI PADAMU

KU SESALKAN PERBUATANKU INI

TAK AKAN BERULANG LAGI KU JANJI

TERIMALAH KU KEMBALI KASIH……”

Nadiku seperti berhenti berdenyut. Nafasku seakan terhenti. Jantungku seperti ditarik keluar. Urat-urat di badanku seakan dihiris. Ah!!!!!!! Pandanganku tertumpu pada satu lembaga yang sangat aku kenali kini berdiri di hadapanku. Wajah yang sering mengisi mimpi-mimpiku sebelum ini. Faqrish Idzuan! Ya..aku tidak bermimpi lagi. Memang dia yang berdiri di hadapanku sekarang. Dia yang mendendangkan lagu tadi bersama gitarnya.

“Puteri Baltishah Aulia,tolong lah maafkan Iz! Iz tahu,Iz dah lukakan hati Sya,mungkiri janji kita. Iz dah melakukan kesilapan yang maha besar dalam hidup Iz. Kembalilah pada Iz,Sya. How do I live without you?” rayu Faqrish. Dia masih seperti dahulu. Sifatnya yang gentleman lah yang berjaya mengetuk lantas membuka pintu hatiku untuk dicintai oleh seorang lelaki. Cara berpakaiannya juga seperti dahulu. Dari baju sehingga kasut yang dipakainya pada hari ini semua dari jenama yang sangat digemari,Ripcurl. Beginilah penampilannya sewaktu kami masih bersama dahulu. Ringkas dan kemas.

Semua mata yang berada di restoren itu tertumpu ke arah kami. Seakan sedang menonton sebuah drama lagaknya.Semua ini rancangan Fazura dan Faqrish dan……..eh,Zulaikha?

“Put,I know my mistake. I’m so sorry. Kalau bukan aku,kau dan Faqrish tak akan berpisah. Aku lah punca mengapa Faqrish mencaci kau dahulu,”jelas Zulaikha.

“Sya,Iz terlalu mengikut kata Ika tanpa bertanya apa-apa pada Sya.Iz minta maaf,”Faqrish mencelah.

“Aku fitnah kau telah buat ‘projek’ dengan Fhamie. Aku tidak berniat,Put! Aku cemburu melihat keintiman hubungan kalian. Aku tak mahu kau bahagia.Sedangkan aku selalu dikecewakan oleh lelaki yang aku sayangi. Aku bodoh,Put! Langsung tidak menghargai tali persahabatan kita. Aku minta maaf,”terang Zulaikha.

Fazura yang duduk berhampiranku juga bersuara,”Put ,aku tahu kau tak suka dengan apa yang aku buat.Aku cuma mengikut kehendak mereka yang nak sangat berjumpa dengan kau.”

“Apa semua ni?! Dah lah ,Iz. Bangun! Tak payah nak melutut macam hero Hindustan pula!” aku mengarahkan Faqrish yang sedang melutut hadapan aku. Faqrish bangun dan duduk di hadapaan aku. Zulaikha mengambil tempat di sebelahnya.

Setelah agak lama aku membisu,aku bingkas bertanya.” Kenapa baru sekarang?”

Pertanyaan aku tidak berjawab. Lantas aku menyambung semula. “ Dah hampir setahun benda ni berlalu. Iz, awak tahu tak betapa deritanya hidup Sya setelah Iz tinggalkan Sya tanpa alasan munasabah?! Iz bagi alasan kononnya Sya tak sesuai dengan jiwa Iz! Iz nak kan perempuan yang lemah-lembut,tak kasar macam Sya..kan?! Iz tahu tak betapa terhinanya Sya masa tu?” balas ku puas. Aku benci lelaki bernama Faqrish Idzuan! Terlalu benci! Dia tidak sepatutnya meminta aku untuk kembali kepadanya. Walaupun pada hakikatnya dia tidak bersalah tapi kata-kata penghinaan yang keluar dari mulutnya dulu masih meninggalkan luka yang masih berdarah. Belum sempat mereka berkata-kata,aku menarik tangan Fazura dan berlalu pergi.

____________________________________________________________________________________________

Sejak peristiwa itu,hubungan aku dan Zulaikha tidak seperti dulu. Walaupun kata kemaafan telah aku beri,tapi sakit di hati masih bersisa. Sanggup dia perlakukan aku sedemikian rupa. Boleh dikatakan Zulaikha salah seorang teman akrab aku selain Fazura. Kawan yang aku sangka mahu melihat kebahagiaan aku rupanya hanyalah manusia yang penuh dengan hasat dengki,perasaan iri hati. Faqrish pula sudah berkali-kali memujuk dan merayu kepadaku agar kembali ke sisinya. Aku tetap bertegas dengan pendirianku. Aku tidak akan memberi peluang padanya. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Biarlah aku hidup tanpa insan bernama lelaki di sisi daripada dipermainkan. Cukup sekali dia menyayangi aku dan menyakiti hatiku. Biarlah dia dengan hidupnya dan aku dengan cara aku tersendiri. Aku tetap akan teruskan hidup ku tanpa Faqrish Idzuan selamanya. Walaupun jauh di sudut hati,aku masih dan akan sentiasa menyintainya.

Selamat berbahagia,FAQRISH IDZUAN!

QuEeN oF heaRts.

..kami..beza!


hari nie? busan gile..x tau nak buat pe..on9 saja..bukak blog..stat la nak buang masa..heheheh..tadi aku bace blog 'sum1' nie.. ouh. entahlah..nothing much to say...but... lalalala...jauh nye perbezaan kami..'sum1' bgaikan angel yang trun dari kayangan..kami..xkan hidup dalam dunie yg sama..xpernah terfikir pon..tapi bile terlintas..seriau de gak..boleh ke aku masok dalam dunie die dan die merima khidupan aku?ahh! tak de pape yang akan terjadi..yup. it's true..aku takot..aku dgn die bagai langit dan bumi...too diffrent! tapi syeeda said..langit dan bumi saling memerlukan..u're too ridiculous gul! huh. mgkin die xpernah fikir mcm apa yg aku fkir..n please..jgn pk cm 2....aku xnak...xnak...xnak...oke?!. biarlah aku dgn care aku yg mgkin 1 ary nanti akan hilang dari die..and die? just go laahh...i dont need u..actually aku da tried so many things utk sakitkan hati die...tapi..mcm xde respon je..huh. aku xsuke die la...i hate u.oke. jgn baik lagi dgn aku boleh?. arghh!!!my life stil lg pjg..and there are 1000of people wil i meet...so.u go! go and get married by hook or by crook! dont bother me at all!!!! aku xpernah terpikir..tapi napedie slalu terlintas dlm fkiran aku? benci!!!!

Apr 3, 2009

..aku dilanda exam..

bangun..makan..tidur balik..bangun lagi..makan...pastu tidur balik........ee,,macam mane la paper sejarah tak kantoi..hahahahah... disebabkan hobi yg sdemikian rupe la,,maka process hentam menghentam tatkala exam..terjadi... walaupun setara..tapi sgt mengINSAFkan...heheeheh...betol,,,utk budak2 yg da dpt soalan bocor tu mmg sedap la...tak payah sakit mate 2 jam 1/2 nk tenung kt paper exam tuh..nasib baik tak blubang,,hahahaha......
best2..spm?? ape tuh?
hehehehe...
bape ari je lagi...yang aku nie pulak sibuk menyebok kn dri mlayan yg entah ape2 je...nafsu makan..nafsu tidur..nafsu on9...nafsu jalan..nafsu mcg..nafsu tepon..nafsu gosip..nafsu berangan...sume nafsu la aku gi layan..KURANG SOPAN!!!!!!!!!!! huh.
insaf la wahai anak Kolan,,ingat la mama+ayah mu...
oke2. aku akn cube!
yup!
9A1,,
jadi2....
=]